Wednesday, December 16, 2009

Alkisah India di India dan India di Malaysia — Zaini Hassan

This is the controversial article, said to seditious and belittling Indians in general.

My comments are in bold Alkisah India di India dan India di Malaysia — Zaini Hassan

DEC 11 — Berada di kota raya tua India, Hyderabad selama seminggu minggu lalu amat memberi kesedaran kepada diri ini. Setiap inci persegi tanah di kota-kotanya dihuni oleh ratusan insan. Setiap kilometer persegi dihuni oleh ratusan ribu insan dan setiap bandar raya di negara keramat itu dihuni oleh jutaan manusia. Dan India ialah tanah bagi 1.2 bilion umat manusia. Angkanya bertambah setiap saat.

I have been to Hyderabad, Bangalore and Chennai (and the whole of Tamil Nadu). What makes it more relevant is that I have stayed in Hyderabad on job assignment for 5 months.

Berada di India bererti kita berada dalam satu realiti kemanusiaan yang sebenar. India ialah tanah bagi manusia ramai. Jurang hidupnya adalah antara langit dan bumi. Yang papa terlalu papa, yang kaya terlalu kaya. Yang kaya, tidak pandang ke bawah, yang bawah tetap di bawah.

Very true, the rich are extremely rich in India while there are still beggars and those who live on USD $1 a day. An average rich person in India is definitely richer than millionaires in Malaysia.

Kasta, darjat atau keturunan masih diamalkan secara tebal di seluruh India. Ia semacam satu agama. Kasta atas tidak boleh bersatu kasta rendah.

Another fact despite all the rhetoric spewed by heroes in Tamil Movies and Indian leaders in general saying all are equal. Caste, Status and Race are very much important in the society.

Jalan rayanya haru-biru. Suasananya hiruk-pikuk. Bas, lori, kereta, basikal, teksi roda tiga, kereta lembu, kuda bersimpang siur. Bunyi hon adalah wajib. Pegang sahaja stereng, bunyi hon dulu. Di belakang bas dan lori tertulis “tolong hon”. Tiada siapa marah jika dia dihon. Hon ialah nyawa.

Very much a true reflection on happenings on any road in India. Horns are really a necessity in India. You have signs such as ‘Horn Please’ at the back of a lorry.

Semasa dalam perjalanan menghadiri makan malam perpisahan di Istana Chowmohalla (dibina pada 1780 oleh Nawab Nizam Ali Khan, Asaf Jah II), pemandu bas yang membawa kami tiba-tiba turun lari meninggalkan bas yang dibawanya. Hilang dalam lautan manusia dan kenderaan. Kami terpinga-pinga. Dua lelaki preman masing-masing memegang submesingan jenis sterling yang mengawal keselamatan kami dalam bas berkata “jangan bimbang”. Pemandu tadi sebenarnya turun untuk meleraikan kenderaan-kenderaan yang sudah berpintal di atas jalan raya. Dia bertindak menjadi polis trafik. Sambil dia menyelesaikan kekusutan itu, saya melihat di seberang sana seorang penumpang turun dari teksi roda tiga yang dinaikinya menolak kenderaan itu yang mati di atas jalan raya. Tiada rasa marah pun di muka penumpang itu yang menolong menolak teksinya yang rosak. Tiada siapa peduli apa yang berlaku di sekeliling mereka. Polis trafik pun menjalankan apa yang terdaya, tanpa memperlihatkan sedikit pun kekerutan di dahinya. Trafik lalu lintas tetap berjalan lancar, walaupun dalam suasana kekecohan.

The real difference is that apparently there are no road bullies in India, people are extremely patient despite the chaotic situation in the roads. It is perhaps that everyone realises that they are equally guilty of breaking the rules all the time.

Sebelah malam, di tepi-tepi jalan insan-insan tidur merata-rata. Ada yang telah nyenyak membungkus tubuh dengan kain selimut daripada kedinginan kota itu. Yang belum tidur, duduk mencangkung sambil memandang ke satu tujuan yang tidak diketahui.

You can see them at five foot way, open parks and even in roundabouts.

Hampir dua jam bergelut kami tiba di istana bereka bentuk masjid itu. Di sepanjang dinding tembok istana tertulis tulisan dalam bahasa Inggeris “Ini tempat suci jangan kencing”. Kencing berdiri sambil si anunya memancut ke dinding adalah pemandangan umum yang biasa. Mungkin kerana terlalu ramai manusia, tandas bukan lagi pilihan. Awas, setiap pagi berhati-hati berjalan di kaki-kaki lima kerana terlalu banyak jerangkap samar dari isi perut manusia berlonggok di sana-sini. Suasana serupa juga juga khabarnya boleh dilihat di bandar raya lain termasuk di Mumbai.

This is a norm in India, Clean toilets are hard to find, one has to get into some hotels or some up market restaurants in India to find some decent toilets. Urinating in public is a norm, something that is decreasing by the day, but still prevalent in most towns and cities.

Sampainya di istana itu, kami dibawa masuk ke dalamnya. Satu suasana antara langit dengan bumi. Kawasan istana lama itu diwarnai dengan lampu-lampu berwarni yang menyenangkan perasaan. Bagaikan berada dalam kisah Hikayat 1001. Tarian-tarian Bollywood dari era 50-an hingga kini dipersembahkan kepada kami. Selesai persembahan kami dijamu dengan juadah Hyderabad tersohor di dunia, nasi beriyani.

Hotels in Hyderabad are much more costlier than those in Malaysia. Even a 1 or 2 star hotel can cost up to the minimum charged by a 5 star hotel in Malaysia as generally there are shortage of hotel rooms throughout India.

Kami makan beriyani kambing dan ayam, tanpa mempedulikan apa-apa lagi. Ia terlalu sedap tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana restoran Malaysia, waima Hameediah di Campbell Street, Pulau Pinang mahupun Mahbob di Bangsar. This is the only food I would recommend in Hyderabad. Di luar tembok sana, suasananya adalah terlalu kontras. India yang penuh warna-warni. India yang penuh dengan drama. Di dada-dada akhbarnya konflik di mana-mana. Di Parlimennya pun haru-biru seperti di atas jalan rayanya juga. Televisyen memaparkan bagaimana seorang speaker dewannya tidak diendahkan oleh ahli-ahli Parlimen yang memboikot sesi soal-jawab. Akhbar Deccan Chronicle dalam karikatur muka satunya (macam Senyum Kambing) keesokan harinya mencuit: Mengapa mereka tidak mahu buat sesi soal-jawab dalam kantin saja, kan di situ tempatnya ahli Parlimen selalu melepak?

Parliament and State assemblies in India as more chaotic than Malaysia. As in the case of non-existence of road bullies in India, parliament and state assemblies are noisy but rarely end up in violence. Walk outs, hurling abuses, caste sentiments, race rhetoric are a norm. Not much different from Malaysia.

India tetap India. Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.

There’s nothing wrong with this comment. Indian Malaysians are equally kecoh. One need not go far, just look at the prayers, religious events, processions, weddings and other ceremonies. It’s always noisy and chaotic. Thaipusam is a very good example. Only the more educated and civilised Indian Malaysians are trying to change by doing things in a more orderly manner. Those who object to this particular comment are those in denial and they are the ones who are unlikely to change or become more civilised.

Namun, kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama. Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam dan kini menjadi ahli politik. Di Malaysia hanya orang India yang pandai-pandai sahaja yang sering buat bising. Mereka menguasai Majlis Peguam dan kini mereka sudah ramai di Parlimen, bukan mewakili MIC, tapi mewakili DAP dan PKR.

I quite agree, Indian Politicians so far are seen to be more noise than substance, be it Samy Vellu or those from the opposition.

Kerana mereka lantang dan suka buat haru-biru, suara mereka sering kedengaran. Salah seorangnya ialah N. Kulasegaran yang kini memegang jawatan Naib Pengerusi DAP Perak. Beliau lantang mempersoalkan hak-hak orang Melayu. Katanya, beliau tidak faham mengapa setelah bertahun lamanya masih ada kelompok manusia percaya kepada warna kulit atau penampilan yang lebih tinggi daripada satu kaum lain. Kita tidak pasti apakah beliau ikhlas dengan kenyataannya itu. Dia tahukah apa yang dia cakap? Tapi yang pasti kenyataannya itu cukup sensitif dan akan membuat kumpulan lain marah. Tapi seperti biasa orang Melayu marahnya tidak lama. Tak apalah. Orang Melayu tidak seperti orang India, walaupun ada juga Melayu yang darah keturunan Keling (DKK), tapi darah Melayu yang lembut banyak menguasai mereka.

I dont understand why the need for the writer to use derogatory term here, though I am not offended. The point is if compared to India, where certain race and castes are suppressed, there’s nothing much to lose here with Malays having Malay rights & privileges. I am sure Kulasegaran must be aware of the discrimination towards certain caste and within certain races in India. He must be in denial. Even in Malaysia, certain Indian race and caste are strongly against mixed marriages within Indians and you will never see Indian Malaysian leaders denounce this because some of them are guilty of the same.

Jika di India, mungkin kita akan sentiasa dikawal oleh pengawal bermesingan. Kulasegaran perlu mengambil cuti. Pergilah melawat ke India, dan hayatilah erti kehidupan di sana, hayatilah erti kasta dan darjat, miskin dan kaya, seperti yang saya alami minggu lalu. Seburuk-buruk Malaysia, inilah tanah tumpah darah kita. — Utusan Malaysia

Agreed, Indian Malaysian Politicians should visit and study the situation in India. I am just most of them must have been there. It’s just that they are living in denial. I must repeat that most of the problems associated with Indians in Malaysia is of their own doing. These politicians continue to deny the existing problems within the community and pin the blame on the government and the rich. For example, Job opportunities are plenty, but Indian politicians blame the government for falure to tackle urban poor and problem of Indian youth turning to gangsterism. How long are they going to hide behind their own weaknesses are beyond me.

I yearned to come back to Malaysia just after a month of staying in Hyderabad. I really struggled to stay there for 5 months. Never in my mind had the thought of living there forever. No way, Malaysia is heaven on earth and despite all the issues and problems, this is certainly not a country where the citizens should ungrateful of.

Generally, the article presented true account of situation in India, Hyderabad in particular and the similarities found among Malaysian Indians, which I quite agree. . The only issue would be perhaps the use of derogatory term on Indians.

6 comments:

Anak Timur Laut said...

comments which are 100% free from emotion. if all malaysians are like you, we can make Malaysia a better place to live in. stop putting remaks/branding other races negatively - melayu malas, india kotor, cina tipu etc. every race has its own strengths and weaknesses, and let's focus on the strength and support each other on the weaknesses

Anak Timur Laut said...

comments which are 100% free from emotion. if all malaysians are like you, we can make Malaysia a better place to live in. stop putting remaks/branding other races negatively - melayu malas, india kotor, cina tipu etc. every race has its own strengths and weaknesses, and let's focus on the strength and support each other on the weaknesses

Anak Timur Laut said...

comments which are 100% free from emotion. if all malaysians are like you, we can make Malaysia a better place to live in. stop putting remaks/branding other races negatively - melayu malas, india kotor, cina tipu etc. every race has its own strengths and weaknesses, and let's focus on the strength and support each other on the weaknesses

Anak Timur Laut said...

comments which are 100% free from emotion. if all malaysians are like you, we can make Malaysia a better place to live in. stop putting remaks/branding other races negatively - melayu malas, india kotor, cina tipu etc. every race has its own strengths and weaknesses, and let's focus on the strength and support each other on the weaknesses

Anonymous said...

RM600k 'wired illegally' to Rosmah in Dubai -Malaysiakini

An unidentified individual had allegedly sent RM600,000 through an errant money changer to Rosmah Mansor when the prime minister's wife was in Dubai in August last year.

syabie said...

Malay, Chinese or Indian, we are just God's creation and thus we are far from perfect.

http://www.dance-mat.com.my